Pembaikan Bangunan
Baik pulih dan naik taraf bangunan meliputi bilik kuliah, pejabat, asrama, rumah guru dan surau bagi memastikan keselamatan pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan berada dalam keadaan yang selesa dan baik.
Perabot & Peralatan
Bantuan pembelian bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran (PDP) seperti buku tulis, buku teks serta alat bantu pembelajaran dan pengajaran.
Makanan & Minuman
Membiayai perbelanjaan penyediaan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk para pelajar menjadi sihat dan mudah menghafaz Al-Quran.
Baik Pulih Prasarana
Menurap jalan masuk dan menebat lereng bukit bagi mengelakkan daripada tanah runtuh agar keselamatan pelajar dan warga madrasah terjamin serta membiyai kos servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
Utiliti
Membiayai Kos utiliti seperti sewa premis, bil api , bil air, bil internet dan bil telefon.
Pengurusan
Penggajian staf serta tunggakan yuran pelajar yang menyebabkan jumlah pembiayaan terkumpul secara purata sebanyak RM50K bulanan.
Sasaran dana ialah RM800,000.
Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Pembangunan Madrasah Al-Qurra
Tonton video promo berkenaan Madrasah Al-Qurra.