OPERASI MADRASAH AL-QURRA TERJEJAS TERUK AKIBAT KEKURANGAN DANA
Alangkah sedihnya apabila keadaan ini berlaku 😭
Madrasah Al-Qurra di Alor Gajah, Melaka sekarang meghadapi masalah kewangan yang seterusnya menjejaskan operasi dan pembangunan madrasah secara keseluruhan.
Madrasah Al-Qurra amat memerlukan infaq dan sumbangan ikhlas anda untuk mengurangkan masalah ini. Sedikit sumbangan amat bermakna kepada Madrasah Al-Qurra!
MASALAH YANG DIHADAPI SEKARANG
Secara am, terdapat 5 masalah utama yang dihadapi oleh Madrasah Al-Qurra buat masa ini dan ia sudah tentu menjejaskan pembelajaran dan pendidikan yang dijalankan. 5 masalah tersebut ialah
👉 Mengalami “Shortage” kewangan bulanan akibat kos operasi yang agak tinggi.
👉 Ramai Ibu bapa pelajar yang tidak mampu membayar atau menjelaskan yuran pendaftaran dan bulanan yang menyebabkan jumlah tertunggak sebanyak RM30K sebulan 😭
👉 Kesan daripada hujan lebat, madrasah sering mengalami bencana alam seperti keruntuhan tanah di lereng bukit yang mengancam keselamatan pelajar.
👉 Keadaan surau yang daif dan terdedah kepada ancaman binatang liar memasukinya
👉 Sistem saliran air yang kurang tersusun menyebabkan berlakunya banjir dan bencana alam lain
KESAN BESAR JIKA SUMBANGAN TAK DAPAT DIKUTIP DAN MASALAH BERTERUSAN
Madrasah Al-Qurra amat terkesan dengan keadaan sekarang dan jika masalah ini berterusan, ia sudah pasti akan terus menjejaskan operasi dan proses pembelajaran dan pengajaran tahfiz dan secara am kelestarian dan keberadaan madrasah sebagai institusi tahfiz akan terjejas. Jika sistem saliran tidak dapat diperbaiki , ia juga akan menyebabkan madrasah sering mengalami bencana alam seperti keruntuhan tanah di lereng bukit yang mengancam keselamatan pelajar. Selain itu, proses naik taraf surau tidak dapat dilaksanakan dan seperti yang dinyatkan ia menyebabkan binatang liar masuk dan mengganggu sesi pembelajaran tahfiz pelajar.
KESAN KESAN BILA SUMBANGAN BERJAYA DIKUTIP
Alhamdulillah, besar harapan kami untuk melihat sistem pembelajaran dan pengajaran tahfiz terus beoperasi dan berjalan lancar di Madrasah Al-Qurra hingga melahirkan hafiz dan hafizah yang unggul. Dengan ini, kelestarian dan keberadaan Madrasah Al-Qurra sebagai institusi tahfiz akan dapat berkembang maju.
KISAH INSPIRASI & KEJAYAAN MADRASAH
Terdapat banyak kisah kejayaan dan inspirasi di Madrasah Al-Qurra. Salah satu iaah kisah seorang pelajar yang buta huruf. Alhamdulillah, beliau dapat membaca Al-Quran dengan lancar dalam hanya dalam tempoh 2 bulan seterusnya berjaya menghafaz Al-Quran 30 Juzuk!
Madrasah Al-Qurra juga menjadi inspirasi serta menjadi contoh terbaik hingga dinobatkan oleh Kerajaan Negeri sebagai Madrasah yang terbaik di Negeri Melaka pada Disember 2021.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
Keseluruhan dana yang diperlukan ialah berjumlah RM800,000.
Kami amat berbesar hati sekiranya tuan puan bermurah hati, membantu kami untuk pembangunan yang seterusnya. Sumbangan ikhlas tuan puan terlalu bermakna untuk pembangunan Madrasah Al-Qurra dan keseluruhan warganya.
Hanya Allah sahaja yang layak memberikan syurga Al-Firdaus serta keredhaanNya ke atas anda yang dermawan!
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim
Dalam hadis lain,
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Mohon klik butang di bawah untuk berinfaq dan menyumbang secara online 👇
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, boleh bank in ke akaun di bawah :
Bank : BANK RAKYAT
Nama : MADRASAH AL-QURRA
No Akaun : 1101943518
NOTA:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2.. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Untuk info lanjut, boleh hubungi Ustaz Yazid di 0122165297