Madrasah Al-Qurra Development Fund

Ustaz, apa itu kekayaan hati yang sebenar?

Kekayaan hati yang sebenar begini..

Bila ada sekeping roti kita bahagi 3, kongsi dengan orang lain.

Kita makan sedikit, orang lain makan sedikit.

Begitu juga bila kita berduit. Duit yang kita dapat itu kita kongsikan untuk kebaikan orang lain..

Itulah kekayaan hati yang sebenar.  Berkongsi dan memberi  sebagai  pahala berpanjangan.

Pahala berpanjangan untuk anda ialah sedekah jariah iaitu wakaf.

Hakikatnya tuan/puan, pahala amalan sewaktu hidup akan terputus seandainya:

  • Pahala dari solat tahajud terputus setelah solat itu selesai. 
  • Pahala dari puasa terputus setelah berbuka. 
  • Pahala dari baca Al-Quran terputus setelah berhenti baca Al-Quran.

Tapi tidak dengan pahala wakaf untuk anak-anak tahfiz Madrasah Al-Qurra’.

  • Pahalanya terus mengalir walau sedekahnya sudah selesai.
  • Tidak terputus sekalipun pelakunya sudah meninggal dunia
  • Setiap anak tahfiz yang mengaji, solat dan beribadah di Madrasah Al-Qurra’ pahalanya mengalir kepada anda , tanpa mengurangkan pahala yang mengerjakannya.
  • Begitu juga saat anak-anak tahfiz ini mengajarkan ilmunya kepada orang lain. Pahalanya juga akan terus mengalir kepada anda.

Tanpa henti. Selamanya mengalir selagi tahfiz ini digunakan oleh anak-anak tahfiz.

Madrasah Tahfiz Al-Qurra, madrasah tahfiz swasta yang dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

Bahkan ia juga pernah menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Negeri Melaka pada tahun 2020.

Madrasah yang  diasaskan oleh Prof Madya Hj Musa Ahmad  pada tahun 2008 ini telah mendapat  kelulusan  dari  Jabatan Agama Islam Negeri Melaka  beroperasi  secara rasminya pada 1 Februari 2009 . ( JAIM/SAS(M)003)

Jadi mahukah anda berwakaf untuk anak-anak penghafaz al-Quran ini?

Sesungguhnya wakaf anda akan digunakan untuk keperluan anak-anak tahfiz seperti berikut:

  • Pembaikan Bangunan – Baik pulih dan naik taraf bangunan meliputi bilik kuliah, pejabat, asrama, rumah guru dan surau bagi memastikan keselamatan pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan berada dalam keadaan yang selesa dan baik.
  • Perabot & Peralatan – Bantuan pembelian bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran (PDP) seperti buku tulis, buku teks serta alat bantu pembelajaran dan pengajaran.
  • Makanan & Minuman – Membiayai perbelanjaan penyediaan makanan dan minuman yang berkhasiat untuk para pelajar menjadi sihat dan mudah menghafaz Al-Quran.
  • Baik Pulih Prasarana – Menurap jalan masuk dan menebat lereng bukit bagi mengelakkan daripada tanah runtuh agar keselamatan pelajar dan warga madrasah terjamin serta membiayai kos servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar
  • Utiliti dan Pengurusan – Membiayai Kos utiliti seperti sewa premis, bil api , bil air, bil internet dan bil telefon.

Sungguh pahala daripada  sumbangan ikhlas anda akan terus mengalir dan berganda-ganda sampai bila-bila.

Segera berwakaf sebagai saham akhirat anda. Pelaburan yang tiada rugi .

Jom tuan puan . Kita tak akan menongkat langit, hi  dup selama-lamanya.    Tapi amalan kita akan kekal selama-lamanya dengan SEDEKAH JARIAH IAITU WAKAF.

عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Seperti kata Rasulullah : “Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu   sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya.” – HR Muslim.